Wednesday, May 8, 2013

Si pincang

Si pincang
Terasa hebat untuk berdebat
Tapi hujah menunding
Kearah diri sendiri
Bukan pendekar yang ku cari
Bukan si badut penghibur lara
Bukan juga si bebal
Yang tersepit
Hanya allah yang tahu
Apa mahunya malaysia kini
Nak dikata berhingusan
Berruban sudah
Nak dikata bodoh
Berpelajaran sudah
Kemana arah hala tuju
Kemana? Kemana?
Perjuangan seorang wira
Tak kenal erti penat
Tak kenal erti kalah
Berani berhadapan
Biar maut mengundang diri
Tapi hati waja tetap gah
Lautan manusia
Melimpahi ketebing sempadan
Segala halangan dirempuhi
Untuk apa ?
Kau bukan dahagakan sebuah
Keadilan

ByMoon
09.05.2013 khamis