Sunday, December 9, 2012

Kerongsong kosong

Semalam adalah cerita
dalam kerongsong Kosong
Mimpi yang terulit bersulam senyuman
Ku kumpul dalam setiap kerongsong
Agar dapat di jadikan kenangan
Terindah saat-saat kita bersama
Menyusuri pahit getir sebuah kehidupan

Sunday, July 1, 2012

Cintamu beranting kristal

Cintamu beranting kristal

Indah dan bersinar
tersilau pancaindera kerana itu
tapi adakah mampu
untuk aku dan dirimu bernaung
diranting kristal.....
langkah demi langkah tersusun indah
damai,sepi dan tersendiri

Cinta mu ......
kemana sudahnya?
tersembunyi dalam kotak impian palsu?
sungguh kejam cinta itu
cintu ku........
harapan mengunung
mencecah awan biru...

Cintamu beranting kristal

berbunya bohemia
tercanai indah dimata
namun kepalsuan jelas dan nyata
tecorak,telarik menyunting jiwa
hingga alpa seketika
maha agung

bertasbih aku dimeja waktu
masa masa terus berlalu


by moon
21hb.june.2012

Wednesday, June 20, 2012

Bulan tersenyum

Bulan dan awan
Terhimpun indah kepulan awan
Meliputi may yang damai
Takala awan menyingkap
Sang bulan tersenyum indah
Bagaikan satu janji
Indah tak teperi
Awan yang menutupi rangbulan
Mentari datang bersinar
Terang menyuluh maya yang indah
Walau jauh
Cahaya mu tetap bergitu jua
Datang dan pergi tak perlu berjanji
Kerana semuanya pasti
Indah siang kerana awan dan maya
Indah mentari kerana siangnya
Indah rangbulan kerana cahaya sinarnya
Bergitulah adap dalam duniawi
Ciptaan illahi

by MOON..21hb.june.2012

Saturday, May 5, 2012

Siang dan malam

siang dan malam


siang dan malam
silih berganti
waktu terus berlari
ada tangan yang rakus
menyintap segala impi dan mimpi
terkapai dalam illusi
dan terus mencari
kau yang bernama  suami
doa sentiasa dihujung malam ku
 agar esok pasti
bisa aku mengecapi
kebahagian lagi
isteri itu amanah mu
isteri itu janji mu
aku adalah pari-pari nyata
bukan lagi illusi remajamu
siapa lagi milik ku
kalau bukan engkau milik ku


ohh tuhan
beri aku kesempatan itu
untuk menyatakan cintaku
yang maha agung buat mu
agar kau tahu
doa aku
kesyukuran aku pada illahiku tuju buat muisteri itu rezeki muisteri itu ibadah mu


by moon


i